Pelajari Dan Dapatkan Segala Tip-Tip Mengenai Perniagaan Internet Affiliate Marketing. Khas Newbie Internet Affiliate Marketing Yang Berminat Untuk Menjana Pendapatan Tanpa Had! Dapatkan 1 Tip 1 Hari Di Sini.

Thursday 10 July 2008

Siapa Yang Layak Memulakan Perniagaan Internet Kerja Dari Rumah ?

Hampir semua orang boleh memperolehi wang daripada perniagaan internet dengan latihan dan komitmen yang betul.

Hakikatnya, saya pernah melihat kisah-kisah kejayaan daripada kanak-kanak berumur 13 tahun dan warga emas yang mana tidak pernah mengetahui konsep Internet dalam kehidupan mereka sebelum ini.

Sekali lagi saya tekankan bahawa hampir semua orang boleh memiliki perniagaan internet, akan tetapi bukan semua yang ada kebolehan untuk berbuat demikian. Ia tidak ada kena mengena dengan umur, jantina ataupun kedudukan kewangan ANDA!

Satu lagi...

Perniagaan Internet tiada kena mengena dengan kepandaian anda, bermakna tiada kena mengena dengan tahap akedamik anda. Anda tidak perlu kepandaian seperti 'rocket saintis' untuk menjadi jutawan dalam bidang Internet Affiliate Marketing!

Apa yang anda perlukan adalah pengetahuan umum untuk membaca, mengira dan sedikit sumber pengetahuan serta keinginan yang memuncak dengan kata lain IMPIAN untuk BERJAYA!

Jadi...

Fahamilah bahawa semuanya bermula daripada 'MINDSET' anda untuk berjaya dalam bidang perniagaan internet affiliate marketing ataupun perniagaan internet ini. Ia memerlukan kesungguhan, kesabaran dan komitmen serta fokus untuk membina perniagaan ini.

Anda mestilah sanggup mengambil tindakan serta mengikuti langkah demi langkah dan sentiasa ingat gambaran sebenar ataupun kejayaan anda ataupun 'begin with end in minds'. Selebihnya adalah pengetahuan asas komputer, internet dan internet marketing.


Sekiranya anda terasa ketinggalan dalam bahagian-bahagian yang saya nyatakan di atas, JANGANLAH RISAU... Kesemua ini boleh dipelajari. Tetapi anda mestilah bersungguh-sungguh untuk mempelajari dan menguasai kekosangan yang ada pada bahagian-bahagian yang ada.

Ada satu lagi.... sekiranya anda tidak tahu untuk menggunakan program email, sebagai contoh - anda menghadapi kesukaran dengan konsep-konsep seperti autoresponder dan opt-in form / lead capture form, ini tidak bermakna anda akan gagal.

Namun ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk menyediakannya. Sekiranya tidak, anda terpaksa mengupah seseorang untuk memprogramkan konsep-konsep berkenaan. Wang pun terpaksalah di keluarkan...

Sekiranya anda menguasai beberapa konsep yang dinyatakan di atas maka sememangnya anda dalam posisi yang terbaik untuk memulakan perniagaan kerja dari rumah secara online di internet.

Terdapat beberapa tips yang saya cadangkan anda mengambil perhatian sebelum anda secara serius terjun ke dalam bidang popular ini. Sila gunakan beberapa soalan di bawah sebagai persiapan untuk anda 'bersedia' memulakan perniagaan internet. PASTIKAN jawapan anda adalah YA sebelum anda bermula;

  1. Anda tahu kekuatan ANDA?
  2. Anda menyukai idea-idea kerja dari rumah.
  3. Anda tahu kelemahan dan sanggup meminta pertolongan atau latihan untuk menampung kelemahan pengetahuan perniagaan intenet. Sekiranya tidak usaha anda sia-sia sahajalah.
  4. Anda bersedia menggunakan model perniagaan yang telah dipastikan kejayaannya - dengan kata lain -proven model - serta mengunakan strategi dan perancangan yang baik dan mengikut jadual yang anda tetapkan.
  5. Anda mempunyai masa untuk membina perniagaan internet anda.
  6. Anda mempunyai sekurang-kurangnya RM 450 - RM 800 untuk memulakan perniagaan internet anda untuk mendapatkan segala keperluan asas untuk memulakannya.
  7. Anda mengetahui bajet dan batasan semasa.
  8. Anda adalah realistik terhadap kerja dari rumah ini dan faham terhadap perkara-perkara yang diperlukan apabila memulakan perniagaan.
  9. Anda faham konsep 'leveraging' dan sanggup untuk 'reinvest' keuntungan awal anda dalam perniagaan internet ini.
  10. Anda realistik terhadap keuntungan awal anda!

Jadi apabila anda telah mengenal pasti ' MENGAPA' , 'APA', 'SIAPA' berkenaan kerja dari rumah iaitu perniagaan internet maka ini adalah masa yang terbaik untuk mengisi bahagian terakhir iaitu ' di mana ' dan 'bagaimana'.

Cadangan : -

About Me

My photo
Niz S. is an active affiliate marketer who loves to teach others how to make money online. Learn how YOU can make a living as an affiliate marketer when you visit www.instantmoneyformula.com